Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan 2, 1434 H (2030 hrs)


seperti kebiasaan seorang muslim pada malam bulan ramadhan untuk keluar rumah, ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat isya' seterusnya ibadah tarawih.

Di masjid imam syafi'e, institut perguruan (IPG) kampus pendidikan Islam berdekatan rumah, saya memilih destinasi. Ringkasnya sebab masjid itulah yang paling dekat dengan rumah.

Dipendekkan cerita, selesai solat isya', seluruh jemaah masjid (mostly students IPG) 'digemparkan' dengan kehadiran seorang imam khas daripada Palestin untuk mengimami solat tarawih.

Sebelum itu, dengan bantuan seorang 'translator' tempatan, imam ini memberikan beberapa amanat dalam English.

Agak menyesal sebenarnya sebab tak sempat untuk merakam amanat beliau tapi berbekalkan kudrat ingatan yang tak seberapa ini, dapatlah diingati seberapa banyak isi-isinya;

1. Amanat daripada penduduk Palestin
-betapa para penduduk Palestin amat bersyukur dan menghargai segala keperihatinan dan pertolongan daripada saudara-mara seislam di Malaysia.
-14 imam daripada tanah suci Palestin datang ke Malaysia untuk memberi amanat dan mengetuai solat tarawih di 400 buah masjid dan surau di sini.
-Mereka terpaksa mengharungi perjalanan menyeksakan selamai 3 hari untuk sampai ke Malaysia.
-Palestin (Semenanjung Gaza) mempunyai 7 pintu. 6 daripadanya di bawah penguasaan Israel laknatullah sementara 1 pintu lagi di bawah rejim Mesir (pintu sempadan Rafah).
-Tiada lapangan terbang di Palestin. Lapangan terbang telah dimusnahkan oleh rejim Zionis. mereka terpaksa ke Mesir untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
-Di pintu Rafah, tentera Mesir mengenakan sekatan. Mereka tidak boleh keluar tanpa kebenaran daripada pihak Zionis.
-Mereka dikenakan sekatan selama 12 jam sebelum dibenarkan keluar.

2.Amanat daripada Al-Quran
-Betapa Al-quran ini diturunkan bukan untuk dibaca seterusnya dibiarkan.
-Umat Palestin telah melahirkan ramai Al-Hafiz daripada masjid-masjid mereka.
-Mereka mengambil masa selama 60 hari untuk complete 30 juz Al-Quran.
-Setiap tahun, mereka melahirkan 3,000 orang Al-Hafiz.

3.Amanat daripada Al-Quds
-Pihak Zionis membina 5,000 terowong bawah masjidil Aqsa.
-Tujuan supaya dunia melihat kemusnahan Al-Quds sebagai fenomena alam yang biasa, bukan peracangan mereka.
-masjid Al-Aqsa memerlukan perhatian daripada semua muslim. Ini bukan isu orang Palestin semata-mata, tetapi isu seluruh umat.
-ALLAH SWT akan menyoal setiap daripada kita akan tanggungjawab terhadap Al-Quds. SEDIAKAN JAWAPAN KITA.
-Sebagai bakal-bakal guru (sebab mostly student IPG), tanamkan rasa perihatin terhadap isu Al-Quds dalam jiwa anak-anak murid.