As solatus sunnata tarawiih....
dengar suara sang bilal menandakan bermulanya solat sunat tarawih. gerombolan makmum menyahut seruan dengan selawat ke atas Nabi SAW.
Sollu A'la Nabi...
Tapi faham ke kita tentang konsep tarawih tuu?? (terawih tu versi Melayu). tarawih ni sebenarnya bermaksud kerehatan. konsep kerehatan yang diketengahkan adalah KEREHATAN JIWA DARIPADA PERKARA KEDUNIAAN, dan MENUMPUKAN SEPENUHNYA IBADAH KEPADA ALLAH SWT.
tetapi, kebanyakannya salah anggap terhadap konsep kerehatan ini. 'rehat' bagi d'org adalah dengan imam membaca laju ataupun MEMBACA surah-surah pendek.
Sebab itulah kalu tengok imam masjidil haram baca surah super panjang, plus doa berjela-jela pulak tu. Tapi makmum boleh je tahan, sebab d'org faham apa hakikat sebenar di sebalik tarawih tu, adalah untuk merehatkan diri daripada dunia
teringat satu kisah yang diceritakan oleh mutowif ana waktu umrah dulu. Dikala zaman rasulullah SAW, bila masuk waktu untuk azan, rasulullah SAW akan menyeru Bilal, "Wahai Bilal, rehatkanlah kami!". Maknanya solat itu sendiri sebenarnya adalah waktu rehat bagi orang-orang mukmin.
Lagi satu,pasal rakaat solat. Kalau nak diikutkan, solat tarawih ni 2 rakaat pun boleh. Tapi setahunya, sunnah Rasul buat 8 dan 20 rakaat tu waktu syaidina Umar R.A. Sedangkan ini perkara khilaf, raikan sahaja, tak perlu nak berperang.
Oleh itu, jom kita betulkan persepsi tentang ibadah tarawih ni umumnya konsep ibadah kita. Dapatkan pahala tarawih dengan pemahaman yang betul sebanyak-banyaknya sebab solat ni hanya special untuk bulan ramadhan.
Kalau ada kesilapan, mohon dibetulkan
Wallahu a'lam
As-salam alaikum warahmatullah...