Sunday, 21 July 2013

Akhi, ana pelik laa...

Akhi, ana pelik laa..
kenapa kita susah sangat nak bersatu?
bukankah Islam itu dirinya atas dasar kesatuan.
tapi sekarang ni, aku tengok sebaliknya.
sepatutnya kita mencari titik persamaan, bukan saling bercakaran
walaupun methodologi berbeza, tapi aku yakin ideologi sama

Akhi, ana pelik laa..
dalam usaha nak menegakkan agama islam
menyebarkan dakwah dan menentang jahiliyah
kenapa kita tak berpadu tenaga?
bahkan kita sanggup ketepikan kawan-kawan seperjuangan
hanya kerana dia dari jemaah yang lain.

Akhi, ana pelik laa...
bukan ke perpaduan itu menguatkan?
setiap manusia, organisasi atau jemaah itu..
mempunyai kekuatan tersendiri bukan.
kalau gelombang ini disatukan,
bukankah ia boleh menjadi sehebat tsunami?
tetapi, jikalau dihadapkan bertentangan,
kalian sudah pasti apa kesannya.

Akhi, ana pelik laa...
kalau orang Yahudi pun boleh bersatu,
untuk membuat khianat di Palestin,
pengganas mereka, Irgun, Haganah...
kenapa antum yang kononnya memperjuangkan Islam
masih terpecah-pecah, lagi sombong untuk bersatu..
bukankah Quran pernah berkata,
peganglah tali ALLAH dan janganlah berpecah?

Akhi, ana pelik laa...
kata mencontohi dakwah Imam Hassan Al-Banna
tapi kenapa nak menghormati jemaah lain pun susah?
beliau boleh menundukkan diri demi kerjasama sejagat
walaupun berlainan cara
adakah kita ini diberikan jihad,
tanpa keilmuan sebenarnya?
ataupun....?