Sunday, 14 July 2013

Mukjizat Al-quran (Dr Arip Kasmo)


26.5.2013
16 RAJAB 1434

Menurut Imam Hassan Al-Banna, aqidah merangkumi 4 elemen, 1)Ketuhanan 2)Kenabian 3)Perkhabaran 4) Alam Ghaib

Statistik Athiest di Malaysia mencecah 20 bagi setiap 10,000 penduduk. Atheist di Eropah mencecah sehingga 80 orang bagi pecahan penduduk yang sama.

Mirza Ghulam Ahmad, pengasas ajaran Qadyani (sesat) mengaku diri sebagai nabi menggunakan ayat dalam surah As-Saff, ayat 6. Ayat berkenaan penurunan Nabi selepas Nabi Isa A.S yang diberi nama Ahmad.

Fahaman Rationalisme: satu fahaman yang menyatakan sesuatu perkara, ilmu atau maklumat yang tidak berasaskan Sains adalah tidak boleh diterima. Bertentangan dengan konsep Alam Ghaib dalam Islam. Fahaman yang bertapak di Barat.

Kempen tidak percaya kepada tuhan bermula pada zaman Enlightenment (sekitar Abad 17) di Eropah. Para Saintis waktu itu berkempen supaya masyarakat tidak percaya kepada tuhan. Atheism mula merebak di bumi Eropah.

Hari ini, Richard Dawkings menyebarkan dakyah atheism. Terbitkan sebuah buku 'the God Delusion'. Padanya, ketuhanan adalah kepercayaan tanpa bukti. Merujuk kepada agama Kristian yang berdasarkan kepercayaan tanpa bukti ini.

Sebaliknya, Islam menawarkan kepercayaan dengan bukti kepada manusia sejagat. Mentaliti masyarakat Eropah yang menginginkan bukti memudahkan Islam berkembang di sana.

Banyak gereja di England yang ditukarkan kepada masjid. Pihak berkuasa tempatan, menyedari perkara ini membuat arahan agar sebarang pembelian atau penukaran gereja adalah dilarang.

Selepas 9/11, orang ramai mula membuka Al-Quran untuk mencari bukti keganasan Islam, tapi akhirnya menemui semula nilai-nilai kemanusiaan yang telah terhakis. Ini menjadi penarik kepada orang ramai untuk mengkaji, mendalami dan akhirnya memeluk Islam.

Setiap peristiwa ada hikmah. ALLAH nak memenangkan Islam dalam cara yang Dia sukai, lagi tak disangka-sangka.

Wallahu A'lam