Monday, 5 August 2013

Juz 26

Surah al ahqaf
15: dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Doa supaya diberikan petunjuk dalam mensyukuri nikmat Allah
19: orang memperoleh balasan dan darjat sesuai dengan apa yang mereka usahakan. ALLAH mencukupkan balasan mereka dan mereka tidak akan dirugikan.
20: "...kamu telah menghabiskan hidupmu dengan kemewahan dan kamu bersenang-lenang dengannya, maka pada hari ini (kiamat) kamu akan dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu berlaku sombong.
21-27: kisah nabi hud dan kaum ad tentang bukit-bukit pasir. Bagaimana mereka diberi peringatan dan berpaling. Mereka diazab berupa awan yang menuju lembah mereka, dibinasakan sehingga seolah-olah tidak pernah diduduki orang sebelum itu
29-32: sekumpulan jin datang mendengar bacaan quran oleh baginda. Mereka berkata diamlah kamu untuk memfokuskan kepada bacaan tersebut. Lantas mereka pulang menyatakan kebenaran quran yang datang selepas zaman nabi musa a.s serta menyeru kamu mereka kepadanya.
35: bersabarlah seperti sabarnya para ulul azmi dan  janganlah kamu meminta agar disegerakan azab untuk mereka. Pada harj mereka diazab, mereka merasakan bahawa hidup di dunia ini tidak lebih dari satu saat di siang hari (masa yang cukup pendek).

Surah Muhammad
4: etika dan cara berperang dalam islam.
4-5: mereka yang syahid, ALLAH tidak akan sia-siakan amalan, diberi mereka petunjuk dan dibaiki amalan mereka serta dimasukkan ke dalam syurga.
7: jika kamu menolong agama ALLAH, kamu akan ditolong oleh ALLAH dan diperteguhkan pendirian.
12: orang kafir yang makan seperti binatang makan dan menikmati banyak kesenangan. Akhirnya mereka akan diazab.
15: perumpamaan keadaan di syurga kepada orang-orang mukmin
20: mereka yang beriman meminta satu surah yang mewajibkan berjihad. Setelah turun ayat, ada segelintir yang terbeliak mata seolah-olah ingin pengsan kerana takut mati.
22-23: manusia mendapat kekuasaan tetapi membuat kerosakan di muka bumi ALLAH dan memutuskan kekeluargaan. Itulan yang mendapat kemurkaan ALLAH lalu dibutakan dan ditulikan mereka.
29: ALLAH akan menampakkan kedengkian orang-orang yang berpenyakit dalam diri.
31: ALLAH akan menguji kita sehingga diketahui siapa yang benar-benar bersabar dan berjihad di jalanNya. ALLAH juga akan menguji perihal kamu.
33: unjuran beriman kepada ALLAH dan rasul serta tidak merosakkan amalan.
35: jangan berasa lemah dan mengajak berdamai sedangkan kamulah orang yang terunggul dan ALLAH sentiasa bersama kamu.
36: dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan semata-mata
37: ALLAH tidak meminta hartamu, jika ya, maka kamu akan menjadi kikir

Surah al fath
4: dialah ALLAH yang telah menurunkan ketenangan kepada orang-orang mukmin untuk menambahkan iman mereka
8: tujuan ALLAH menurunkan rasul adalah sebagak saksi, pembawa berita gembira dan pemberi amaran.
10: orang yang berjanji setia kepada nabi muhammad saw adalah berjanji setia dengan ALLAH.
11 dan 15: sikap sesetengah orang ara badwi yang berdolak dalih terhadap rasulullaj demi kepentingan diri
17: mereka yang dibenarkan untuk tidak berperang
23: sunnatullah yang berlaku sejak dahulu dan kamu tidak dapati sebarang pertukaran terhadap sunnah itu.
24: ALLAH yang menegah tangan mereka daripada membinasakan kamu.
26: orang-orang kafir bersikap sombong dengan kesombongan jahiliyyah , ALLAH menurunkan ketenangan kepada rasulullah dan orang mukmin

Surah al hujurat
2: jangan meninggi suara melebihi suara nabi.
6: selidiki berita yang dibawa oleh orang-orang fasiq agar tidak ditimpa bahaya fitnah
9: damaikan 2 saudara yang sedang bergaduh. Jika satu pihak menzalimi, maka perangi pihak itu sehingga taat kepada perintah ALLAH.
10: orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara saudara itu.
11: jangan memperolok mukmin yang lain, boleh jadi mukmin itu lebih baik dari kamu.
12: jauhilah daripada kebanyakan prasangka kerana itu adalah dosa
13: ALLAH menciptakan manusia dengan berbangsa adalah untuk saling berkenalan. Sebaik kamu adalah yang paling bertaqwa.

Surah qaf
16: kqmi yang menciptakan manusia dan kami tahu apa yang dibisikkan dalam hati. Kami lebih dekat daripada urat leher.
38: kami menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Kami tidak merasa letih dengan itu.
45: engkau wahai muhammad bukanlah pemaksa, maka berilah peringatan kepada mereka yang takut.

Surat zariyat
15-19: ciri-ciri orang yang beriman. mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Pada akhir malam merekq meminta keampunan.
20-21: tanda kekuasaan ALLA di muka bumi dan pada dirimu sendiri.